SEJARAH TOKOH SEKOLAH

BIODATA
YANG MAHA MULIA
TENGKU AMPUAN BARIAH BT AL MARHUM SULTAN HISHAMUDDIN ALAM SHAH
AL-HAJ
DK, SSMT, SPMT,DK (SELANGOR)



Yang Maha Mulia Tengku Bariah binti Al Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj Hishamuddin telah diputerakan pada 31hb. Ogos 1933 di Kelang, Selangor.

Yang Maha Mulia telah berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud pada masa itu bergelar Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda pada 22hb. Mac 1951 di Kuala Lumpur. Yang Maha Mulia telah berangkat ke England dalam tahun 1951 bersama-sama dengan Duli Yang Maha Mulia telah mengambil kursus Domestics Sc. Selama 2 tahun di Gruckfield Par College Sussex England.

Yang Maha Mulia telah dianugerahkan gelaran Tengku Puan Muda oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Nashiruddin Shah pada 7 April 1954. Yang Maha Mulia telah dilantik sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Terengganu pada 20 September 1979 sehingga 15 Mei 1969.

Yang Maha Mulia telah dianugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Terengganu, Yang Kehormat pada 26 Jun 1964, Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama pada 9 Mac 1981, Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT), Yang Amat Terpuji Peringkat Yang Pertama pada 11 Mac 1988 dan Darjah Kerabat Selangor (DKSelangor) pada 5 September 1985. Yang Maha Mulia telah menjadi penaung Perkumpulan Perempuan Terengganu. Kegemaran Yang Maha Mulia ialah memasak, menanam bunga orkid dan bermain badminton.